NEWS

Post Top Ad

Blossom Themes

30/12/15

AL-FATIHAH BUAT ALLAHYARHAMAH MOMO LATIF


AL-FATIHAH..
Allahyarhamah merupakan antara pelakon klasik yang masih tinggal ketika abad ini. Namun panggilan ilahi menjemputnya kembali kepada Maha Penciptanya pada usia 94 tahun.

Kanak - kanak yang menontoh filem Pendekar Bujang Lapok pasti mengingati lakonan beliau sebagai isteri kepada Pendekar Mustar iaitu Mak Ani. Antara skrip dalam lakonannya yang masih kita ingat ialah "Ibu bikin kan Kopi" , "ini bukan cobaan ini betul" dan sebagainya .

Nama sebenarnya ialah Momo Makarim yang dilahirkan pada 1923 dan meninggal pada 10 Disember 2015 di rumah anak beliau Kamaliah Lattif pada jam 5.05 petang di  Singapura.

Beliau merupakan penyayi dan pelakon yang terkenal pada era 30an hingga 70an ketika bergiat berlakon di Studio Jalan Ampas bersama-sama Allahyarham Pramlee dan ramai lagi . Antara lakonan filem beliau ialah Pendekar Bujang Lapok, Mussang berjanggut dan Topeng shaitan. Antara lagu yang popular oleh beliau ialah Gemala Hati, Merpati dua sejoli dan banyak lagi.

Kini hilang lagi satu permata klasik kita yang mungkin tidak sama seperti sekarang. Bukan sekadar bakat malah jiwa sebagai anak seni tidak dibandingkan dengan wang ringgit semata-mata. Al-Fatihah buat Allahyarhamah Momo Latif semoga rohnya ditempatkan di tempat orang yang solleh.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Post Top Ad

Blossom Themes