NEWS

Post Top Ad

Blossom Themes

22/08/14

MANGSA TRAGEDI MH17 DIBAWA PULANG

Satu hari suntuk aku  sebak melihat berita  mangsa tragedi MH 17 yang dibawa pulang hari ini . Mangsa yang perjalan pulang dari Belanda ke Malaysia pada 17 julai 2014 telah di tembak mati di sempadan Ukrine dan Russia . Hari ini 22 ogos mayat mangsa berjaya dibawa pulang ke pangkuan keluarga untuk disemadikan di tanah air tercinta . Hanya 20 orang sahaja yang dibawa pulang ke tanah air untuk kumpulan pertama ini . Dan masih tinggal 23 orang yang masih berada di belanda . Berulang - ulang kali aku buka tv nak tengok berita dan tak cukup berita di tv akan ku buka facebook ku . Satu Malaysia pasti mempunyai perasaan yang sama jika mengikuti berita tersebut . Inilah dugaan buat rakyat Malaysia . 

Syukur kepada Allah kerana mayat masih boleh dibawa balik ke Malaysia walaupun jasadnya kita tidak tahu bagaiman rupa . Aku boleh rasa perasaan sebak yang mendalam setiap ahli keluarga yang menanti jenazah pulang walau hanya sebuah keranda sahaja .Perkara ini boleh djadikan ikhtibar untuk meningatkan manusia bahawa mati tidak mengenal usia dan siapa . Dosa pahala bukan hak kita menentukanya dan jika sesekali kita lihat dia berbuat dosa belum tentu dia di benci Allah dan belum tentu orang yang berbuat dosa dianggap boleh di terima Allah jika mereka tidak mengubah diri sendiri .

Doa ku buat ahli keluarga supaya tabah dalam menghadapi hari - hari mereka . Ingat kami rakyat malaysia juga turut bersedih diatas kemalangan ini . Kami  semua ada untuk anda . Bersabarlah anak kecil yang kehilangan ibu bapa mereka dan jangan bersedih kerana setiap mati Allah sudah tetapkan perjalanan kita .Kita juga berharap mangsa yang belum dibawa pulang akan dibawa pulang dengan segera bagi di semadikan di Tanah tercinta Malaysia . 

Seharusnya kita berasa bersyukur diatas duian nikmat tuhan yang memberi kita nafas untuk kita memperbaiki diri .Semoga mangsa tragedi mh17 ditempatkan bersama orang - orang yang solleh .

Antara gambar yang di download sengai kenangan 2014 :













Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Post Top Ad

Blossom Themes