14/04/15

Pengalaman pertama buat aku menjejakkan kaki ke negara orang. Terima kasih warga UKLK yang berjaya mengadakan program ini dan memberi peluang aku kesana. Kalau nak cakap pasal seronok memang panjang ceritanya , kalau nak catat pasal pengalaman bermuka surat aku tulis. Tapi aku sediakan catatan buat diri ini sebagai ingatan.

Vietnam yang difikirkan tidak sama seperti realiti. Banyak perkara tak sama dengan negara kita Malaysia. Sampai je air port di ho chi min city kami dibawa pusing-pusing sambil menunggu bilik untuk chek in. Bandar Ho Chi Min yang dikenali sebagai bandar Motosikal kerana disini ramai orang menggunakan motosikal sebagai pengankutan awam mereka. Bilangan motosikal mengalahkan bilangan kereta dan apatahlagi kalau dengan bas, jauh berbeza. Katanya laluan disini sempit dan bilangan pendudukan hampir 6 juta orang. Kepadatan inilah menyebabkan mereka menggunakan motosikal sebagai pengangkutan  mereka.

Continue....

12/04/15

Tanggal 12 Febuari pada jam 9.40 malam perginya seorang hamba Allah yang dikashi iaitu ulama disayangi ramai TG Nik Aziz. Sayu mendengar berita orang yang dijadikan idola telah meninggalkan kami buat selamanya. Walau tidak berkesempatan tidak berjumpa dengan beliau namun menurut ceramah,kata-kata dan nasihat seolah-olah aku dekat denganya. Seorang hamba yang ingin melihat islam Malaysia ditadbir cara islam


3/02/15

Banjir kali ini merupakan antara banjir yang terbesar berlaku di Malaysia. Walaupun bukan kesemua tempat yang terkena tetapi yang sedikit itu cukup menyedarkan kita . Masihkan kita leka dengan ujian-Nya? Sesuatu musibah itu adalah petanda dari Allah s.w.t supaya kita sentiasa mengesakan kebesaranya. Kadang- kadang kita leka dengan dunia yang membawa kita hanyut jauh ditengah lautan, sekali Allah beri itu tanda Allah mengasihi kita. Tetapi masih ada hanyut dan terus hanyut.

Alangkan sayu melihat mangsa banjir yang berlaku di Kelantan,Terengganu dan Pahang baru-baru ini. Walaupun hanya melihat dari kaca skrin , hati ini sudah membanyangkan kesedihan dan keresahan magsa magsa yang kehilangan harta benda dan kerosakan. Mungkin diri ini belum merasai apa yang dirasai oleh mereka bertapa susahnya mereka di beri ujian. Apakah mungkin ujian yang sama atau lebih akan menimpa kami yang belum diberi ujian ini?

Ku harap dikau mangsa-mangsa banjir kali ini tabahkan hati dan relakan apa yang berlaku. InsyaAllah akan ada hikmah disebaliknya. Janganlah dikaubimbang dan risau akan ujian Allah kerana Allah merindui doa mu.

31/12/14

Assalamualaikum dan salam sejahtera . Tinggal beberapa jam lagi untuk kita meninggalkan tanhun 2014 yang penuh dengan suka duka gelak dan tawa. Banyak peristiwa dilakarkan sepanjang 2014 yang kita tidak sedar akan umur kita semakin kehadapan. Aku harap 2014 dijadikan panduan untuk menempuh tahun 2015 yang mungkin lebih mencabar buat diri ini.

2014 yang berlalu sangat pantas meninggalkan aku. Good bye 2014
#mh370
#mh17




21/11/14

16 NOVEMBER 2014 sudah genap umur ku yang ke 22 .Menariknya besday kali ini disambut di melaka dengan menyertai program charity bersihkan zoo .Kenangan tak dapat dilupakan my besday dapat jalan - jalan pergi melaka . Walaupun x dapat hadiah besar ada juga kawan yang sanggup beli Mag even duit berkuang dihujung semsester ini .

17/11/14

Lama betul tak mengupdate memori diri ini disini . Sekarang sudah masuk minggu ke 10 . Minggu penuh dengan cabaran untuk semua mahasiswa untuk menyiap projek dan assingment .Aku ? banyak lagi sebenarnya tugasan masih tertangguh tetapi aku harap dapat diselesaikan dengan slow down .

Dah masuk minggu ke 10 di mmk juga banyak pengalaman yang aku belajar dan banyak pengalaman baru yang aku dapat . Dapat join macam - macam program . Dapat jumpa menteri . dapat jumpa artis dan dapat jumpa pengacara TV .

Jauh perjalanan banyak pengalaman dan banyak orang yang aku kenal. Hari ini kita boleh lihat macm - macam jenis manusia dan ragam . itu lah dunia pentas lakonan manusia .

1/11/14

Rezeki Pahang buat tahun ini bergelar juara Piala Bola Sepak Malaysia dua kali berturut - turut .

Pahang 2 - 2 Johor Darul Ta'zim
15' Dickson Nwakaeme 1 - 0  Pahang
31' 1 - 1 Jorge Pereyra Diaz    Johor 
34' 1 - 2 Luciano Figueroa (pen) Johor
71' Dickson Nwakaeme 2 - 2 - Pahang


Penentuan sepakan penalti Pahang 1-0 JDT (Razman Roslan)
Pahang 1-1 JDT (Luciano Figueroa) 
Pahang 2-1 JDT (Damion Stewart)
Pahang 2-2 JDT (Jorge Pereyra Diaz) 
Pahang 3-2 JDT (Shahrizan Salleh) 
Pahang 3-3 JDT (Hariss Harun)
Pahang 4-3 JDT (Zesh Rehman)
Pahang 4-3 JDT (Norshahrul Idlan Talaha tak masuk)
Pahang 5-3 JDT (Hafiz Kamal)


 Pahang Juara Piala Malaysia 2014. Safiq Rahim pemain terbaik perlawanan. Tahniah! -